Friday, February 19, 2010

My --- ARTICLE JOURNAL ( ready to be analyze )

Tajuk : ICT DALAM PENDIDIKAN : PROSPEK DAN CABARAN DALAM PEMBAHARUAN PEDAGOGI

Sumber URL artikel: http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%2032%202007/JPendidikan32/Jpend32%5B09%5D.pdf
Sinopsis:

Guru adalah sumber pembelajaran utama pelajar. Kaedah pedagogi adalah unstrumen penting guru dalam proses pengajaran mereka. Oleh itu, kaedah pedagogi guru perlu diperkayakan dengan berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan
konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Satu kajian kuasi eksperimen telah dilakukan untuk melihat kesan pencapaian ke ataspembelajaran subjek komputer yang diajar dengan kaedah perantis (pendekatan
konstruktivisme) berbanding dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku). Bagi kaedah tradisional penerangan langkah demi langkah diberikan manakala bagi kaedah perantis, guru memberikan panduan ke arah menggalak dan memudahcarakan menyelesaikan masalah iaitu membina laman web secarabekerja dalam kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapatperbezaan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar yang diajar dengan dua kaedah ini. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah perantis adalah lebih baik dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semua pautannya berfungsi. Justeru, penyelidik mengesyorkan agar perubahan dibuat dalam sistem pedagogi agar konsisten dengan teori pembelajaran konstruktivisme dan diterapkan semasa latihan perguruan lagi.